Custom Search
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Perjuangan Ulamak - Kenali Ulama

Sunday, February 8, 2015
*Kenali dan sayangi Ulama'*
Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.
Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan
pemecah-belah masyarakat.
Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh
pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang
rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
Semoga Allah SWT merahmati roh mereka. Wallahhua'lam.

Individu Bukan Islam Masuk Ke Mekah

Tuesday, October 14, 2014




DIREKODKAN, ada individu bukan Islam yang pergi ke Mekah dan Madinah. Dia adalah bukan Islam pertama berjaya menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah iaitu pada awal zaman tahun 1503 iaitu pada abad ke-16 Masehi. Walau bagaimanapun, niat mereka ke sana bukan kerana untuk beribadah tetapi lebih kepada risikan dan pengumpulan maklumat. 


Awalan:

Antara yang terawal pernah dicatatkan berjaya mengerjakan haji di Mekah adalah..
  • Ludovico di Varthema(1470-1517),  
  • Guru Nanak (1469-1539), 
  • Vincent Leblanc 
  • Johann Wild 
  • Joseph Pitts (1663-1735), 
  • Domingo Badia y Leblich (1766-1818), 
  • Ulrich Jaspar Seetzen (1767-1811), 
  • John Lewis Burckhardt (1784-1817),  
  • Sir Richard Burton dan 
  • Snouck Hungronje.
Gambaran Mekah pada abad ke-16
Kebanyakkan daripada mereka adalah orientalis yang mempunyai niat buruk terhadap Islam. Tidak banyak komen positif yang dapat dilihat dalam catatan mereka berkenaan kota suci umat Islam ini. Kritikan, sindiran bahkan kejian dilemparkan sehingga terdapat sesetengah daripada catatan mereka berunsur fitnah dengan fakta yang tidak berasas.

Sebagai umat Islam, wajarlah kita mengetahui setiap orang dari mereka ini. Percayalah, daripada hasil ‘titik-peluh’ mereka ini, para orientalis Barat memahami perilaku umat Islam di timur dan dengan halus mereka mencucuk jarum untuk memusnahkan umat Islam secara total.

1. Ludovico di Varthema (1470-1517)

Ludovico Varthema

Ludovico di Varthema atau Ludovico Barthema dilahirkan pada tahun 1470 di Bologna, Itali. Varthema terkenal sebagai individu bukan muslim daripada Eropah pertama yang menjejakkan kaki ke kota suci umat Islam, Mekah.

Varthema mula meninggalkan tanah airnya menuju ke timur menjelang tahun 1503 atau akhir tahun 1502. Pada 1503, beliau sampai di Iskandariah dan kemudian ke Kaherah, Mesir. Selepas beberapa ketika berada di Mesir, beliau meneruskan perjalanannya ke Tripoli(Libya), Aleppo(Syria) dan Damsyik(Syria).

Daripada Syria, beliau bersama-sama kabilah Arab menuju ke Mekah dan Madinah dengan menyamar sebagai seorang Mamluk dengan nama samaran Yunus. Beliau merumuskan beberapa maklumat berkenaan dengan Mekah dan Madinah dengan agak tepat dan ia diakui oleh ramai orientalis dan pengkaji-pengkaji lain selepasnya.

Varthema adalah individu yang menghapuskan fitnah dan mitos yang mengatakan jenazah Nabi Muhammad saw berada di awangan yang disokong kiri dan kanannya oleh batu magnet. Varthema pernah dipenjara di Yaman selepas khabar angin mengatakan beliau adalah perisik Barat yang berpura-pura memeluk Islam. Namun, beliau dibebaskan selepas permaisuri daripada Yaman menggesa beliau untuk berlagak menjadi orang tidak siuman. Ada rekod menyatakan, permaisuri Yaman tersebut jatuh cinta terhadap Varthema.

Selepas beberapa lama di timur, Varthema kembali ke Eropah pada tahun 1506. Pada 1510, jurnal beliau diterbitkan di Rom dengan nama Itinerario de Ludouico de Varthema Bolognese. Pada tahun 1517, Varthema meninggal dunia ketika baru sahaja berumur 47 tahun.

2. Guru Nanak (1469-1539)

Sikh adalah salah satu agama yang utama di dunia. Agama Sikh dianuti lebih daripada 30 juta masyarakat di seluruh dunia. Agama Sikh diasaskan oleh seorang yang bernama Guru Nanak. Menurut rekod dan catatan penganut ajaran Sikh, Guru Nanak dipercayai lahir pada awal pagi Sabtu 15 April 1469 masihi di Talwaldi, Pakistan. Pada masa itu, Talwaldi masih lagi berada dalam wilayah kekuasaan India.

Guru Nanak dan beberapa pengikutnya termasuk seorang muslim, Mardana(1459-1534) telah melakukan empat perjalanan ‘kerohanian’. Dalam perjalanan kerohanian keempat, Guru Nanak telah merantau jauh ke Tanah Arab iaitu Mekah. Di Mekah, Guru Nanak telah ‘mengerjakan haji’ sepertimana umat Islam mengerjakan haji. Guru Nanak turut menziarahi kota suci umat Islam yang kedua iaitu Madinah.

Jangka masa Guru Nanak mengerjakan haji dan ziarah ke Madinah dipercayai antara tahun 1510 hingga  tahun 1520. Ramai menyatakan bahawa Guru Nanak adalah tokoh sufi mistik yang menganut ajaran Islam. Beberapa elemen awal dalam ajaran Guru Nanak mirip dengan elemen kesufian. Namun begitu, ia disangka keras oleh beberapa cendikiawan yang lain termasuk cendikiawan Sikh sendiri. 

3. Vincent Leblanc
Gambar Pasar Madinah yang diambil oleh Gervais Courtellemont

Vincent Leblanc adalah pengembara dan orientalis daripada Perancis. Beliau berasal daripada Marsailles. Amat sedikit rekod tentang peribadi beliau namun beliau tetap diingati sebagai lelaki Eropah kedua menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah.

Beliau direkodkan memulakan penggembaraan ke timur pada tahun 1568. Walaubagaimanapun, kapal beliau karam di Candia. Beliau telah menjejakkan kaki ke Mekah dan Madinah dengan mengikuti kabilah dagang daripada Syria. 

4. Johann Wild(1585- tidak diketahui)

Gambar Masjidil Haram di Mekah yang diambil oleh Snouck Hungronje

Johann Wild berasal daripada Nuremberg, Jerman dan dilahirkan di sana pada tahun 1585. Wild mengerjakan ‘haji’ sebagai seorang hamba setelah diculik oleh tentera Hungary semasa menjalankan perniagaan di Hungary. Ketika diculik, beliau baru sahaja berusia 19 tahun. Rekod ini diterima sebagai sumber yang sahih.

Beliau bersilih-ganti bertukar tuan sebelum dibeli oleh seorang pedagang berbangsa Parsi yang kaya-raya. Pedagang Parsi yang disifatkan oleh Johann Wild sebagai seorang yang bakhil itu memaksa beliau melakukan pelbagai kerja kasar termasuk membasuh baju, memasak dan berdagang.
Walaubagaimanapun, pedagang Parsi inilah yang membawa Wild ke Mekah pada tahun 1607 yang mana ia mencatatkan nama Wild sebagai salah seorang orang bukan Islam terawal mengunjungi kota suci umat Islam itu.

Wild memberitahu dalam catatannya bahawa pedagang Parsi tersebut kehilangan 1500 orang daripada 20,000 orang dan 900 ekor unta daripada 100,000 unta semasa perjalanan mengerjakan haji ke Mekah. Perkara ini berlaku atas pelbagai sebab termasuklah diserang oleh suku Badwi yang kasar.
Di Mekah dan Madinah, Wild mencatatkan beberapa fakta yang menyindir dan memperlekehkan kota Mekah.

Antaranya adalah memperlekehkan ibadah melontar jamrah dan menyindir perangai penduduk Mekah. Kemungkinan besar, lontaran kritikan beliau berpunca daripada sifat amarah beliau terhadap tuan-tuan beliau yang terdahulu yang kebanyakkan adalah seorang muslim.
Selepas 20 hari berada di Mekah, beliau kemudian berkunjung ke Madinah dan sempat menziarahi makam Nabi Muhammad saw. Beliau menyifatkan makam yang menempatkan junjungan besar tersebut sebagai ‘bilik ukiran yang besar’. Selepas beberapa lama dengan saudagar Turki tersebut, beliau kemudian dijual kepada seorang lelaki tua berbangsa Turki. Wild berkhidmat selama setahun dan kemudiannya dimerdekakan. Wild kembali ke Nuremberg pada tahun 1611. 

5. Joseph Pitts (1663-1735)

Selain Johann Wild, Joseph Pitts juga adalah seorang hamba yang ‘secara tidak sengaja’ dibawa mengerjakan haji ke Mekah. Joseph Pitts dipercayai dilahirkan pada tahun 1663 di Exeter, England. Sejak kecil, beliau sangat berminat dengan aktiviti lasak dan penjelajahan. Ketika umurnya 15 tahun, beliau telah berlayar ke Newfoundland. Namun, semasa pulang daripada Newfoundland, kapal beliau telah dirompak oleh lanun Algeria di luar pantai Sepanyol.

Ketua lanun tersebut adalah seorang berbangsa Belanda namun beragama Islam. Walau bagaimanapun, lanun yang dimaksudkan Pitts bukan lanun pada istilah sebenar. Lanun tersebut adalah antara angkatan tentera laut Islam yang memerangi tentera British dan Sepanyol di perairan Mediterenean dan persisiran Semenanjung Iberia.

Pitts yang masih muda belia ketika itu menggambarkan ketua lanun sebagai ‘makhluk yang ganas’.
Pitts kemudian dijual sebagai hamba di Algeria. Tuan beliau yang pertama tidak memaksa beliau memeluk Islam namun tuan yang kedua bertindak kasar dan memaksa beliau memeluk Islam. Sepanjang berada di tangan tuan yang kedua ini, beliau berasa sangat terseksa sehingga banyak catatan beliau di akhir hayatnya mengutuk tuannya yang kedua ini serta sangat memusuhi Islam.

Pitts berkunjung ke Mekah semasa berkhidmat dengan tuannya yang ketiga. Bersama dengan tuan beliau yang ketiga, Pitts dilayan dengan baik. Beliau sampai di Mekah pada tahun 1680. Sepertimana Johann Wild, catatan beliau sepanjang berada di Mekah banyak berunsur sindiran dan provokasi terhadap ibadah-ibadah umat Islam. Antaranya, beliau menyindir air zam-zam yang dikatakan sangat berkat.

Selain itu, beliau mentertawakan tindakan ‘pelik’ jemaah haji yang mandi di bawah sulur emas Kaabah dan meminumnya. Pitts tinggal di Mekah selama empat bulan dan pernah memasuki Kaabah sebanyak dua kali. Berhubung dengan pengalaman tersebut beliau menyatakan, “I profess I found nothing worth seeing in it”.

Di Mekah juga beliau sempat bertemu seorang berbangsa Ireland yang pernah bersama-sama di dalam kapal hamba dahulu. Tidak seperti Pitts, lelaki Ireland tersebut sudah tidak mampu bertutur bahasa Inggeris dan hanya berkomunikasi dalam bahasa Arab. Lelaki tersebut sudah merdeka dan menjadi seorang muslim yang baik. Dalam catatan Pitts, beliau menyatakan lelaki tersebut menggambarkan Mekah sebagai ‘syurga di dunia’.

Setelah 19 tahun berada di perantauan, Pitts akhirnya dimerdekakan dan terus pulang ke England. Pitts sampai di Exeter pada tahun 1693. Tarikh Pitts meninggal dunia tidak dapat ditentukan namun ramai mempercayai beliau meninggal dunia pada tahun 1735. 

6. Domingo Badia y Leblich (1766-1818)

Domingo Badia y Leblich

Domingo Badia y Leblich atau nama samarannya, Ali Bey al-Abbasi dilahirkan pada tahun 1766 di Barcelona. Beliau menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya dengan merantau ke negara-negara Afrika Utara, Arab, Mesir, Syria, Palestin, Turki dan Cyprus.

Beliau mengerjakan haji di Mekah pada tahun 1807 dengan menyamar sebagai seorang kerabat khalifah Abbasiyyah daripada Eropah. Sepertimana orientalis dan perisik-perisik yang sezaman dengannya, Badia adalah seorang yang agak fasih berbahasa Arab. Ramai pengkaji moden mendakwa beliau adalah perisik yang diupah oleh Manuel Godoy (perdana menteri Sepanyol) dan kemudian diupah pula oleh adik kepada Napoleon Bonaparte, Joseph Bonaparte.

Beliau meninggal dunia akibat menghidap disentri pada 1818 sewaktu dalam perjalanan ke Damsyik, Syria daripada Mekah selepas mengerjakan haji buat kali kedua. Ada dakwaan mengatakan beliau mati diracun oleh agen British yang sedar bahawa beliau adalah perisik Perancis. Badia yang menyamar sebagai Ali Bey al-Abbasi akhirnya diketahui identiti sebenarnya apabila rakan-rakan Islamnya menemui rantai salib pada lehernya.

Mereka tidak sanggup untuk mengebumikan Badia sebagaimana seorang muslim. Badia bagaimanapun dikebumikan di Kastel Balka iaitu sebuah tempat yang berada di antara Mekah dan Damsyik. 

7. Ulrich Jaspar Seetzen (1767-1811)

Lahir pada 30 Januari 1767 di Sophiengroden, Jever, Jerman. Lelaki yang berbadan kecil ini memiliki kelayakan akademik yang baik. Beliau adalah graduan perubatan daripada University of Gottingen. Beliau turut mendalami pelbagai ilmu lain seperti ilmu zoologi, botani dan oriental. Beliau fasih bahasa Arab yang baik. Direkodkan beliau menghabiskan masa selama 25 tahun untuk mendalami pelbagai bidang ilmu oriental dan hukum Islam.

Seetzen mula bergerak ke timur pada tahun 1802 dengan ditemani oleh seorang lelaki berbadan sasa, Jacobsen.  Tujuan utamanya adalah untuk ke Mekah, pusat umat Islam sedunia. Sebelum sampai di Mekah, Seetzen telah melawat beberapa tempat seperti Istanbul (selama 6 bulan), Aleppo (selama 1 tahun) dan Damsyik(selama 1 tahun). Seetzen turut ‘merisik’ ke Laut Mati menjelang November 1806.

Di sana, beliau berpura-pura menjadi seorang pengemis. Beliau sempat melakarkan peta Laut Mati pertama yang agak tepat dan beberapa catatan yang sangat bernilai kepada orang Barat. Selepas itu, beliau terus mengembara sehingga tiba di Kaherah dan menetap di situ sehingga bulan Mac 1809. Seetzen mula menjejak kaki ke Mekah pada 10 Oktober 1810 setelah menempuhi beberapa halangan.
Beliau menggunakan nama Islamnya iaitu Haji Musa dan beliau sendiri mengaku beliau menganut ajaran Islam.

Pada zaman tersebut, puak Wahabbi dan keluarga Saud hampir menguasai keseluruhan Masjidil Haram. Wahabbi melarang mana-mana jemaah melawat makam Rasulullah saw. Namun begitu, Seetzen atau Haji Musa menyelinap masuk dan sempat memberi gambaran keadaan makam Rasulullah saw. Ketika di Mekah, Seetzen telah ditahan oleh penguasa Mekah kerana disyaki beliau adalah perisik tentera Turki.

Namun, setelah disoal selidik mereka mendapati beliau adalah mualaf daripada Jerman. Penguasa Mekah melepaskan beliau tanpa sebarang keraguan. Seetzen menetap selama dua bulan di Mekah selepas tamat musim haji. Seetzen mula meninggalkan Mekah pada Mac 1811 lalu menuju ke Sana’a sebelum ke Muscat. Di Sana’a, beliau menghidap demam panas yang agak teruk. Semasa dalam perjalanan ke Muscat, beliau menemui ajal.

Rakan-rakan Islam beliau dilaporkan menemui rantai salib di leher beliau beserta ular-ular yang telah diawet dengan arak. Ramai mensyaki beliau pengamal sihir dan hanya berpura-pura sebagai seorang Islam untuk merisik budaya hidup sebenar umat Islam. Seetzen meninggal dunia pada bulan September 1811. 

8. John Lewis Burckhardt (1784-1817)


John Lewis Burckhardt adalah orientalis yang tidak asing di dunia Barat. Beliau adalah individu Eropah pertama yang menemui runtuhan bangunan purba Petra di Jordan pada tahun 1812 dan memperkenalkan kepada umum selepas itu.

Beliau yang dilahirkan pada 24 November 1784 di Laussance, Switzeland telah melanjutkan pelajaran di beberapa tempat seperti University of Gottingen, University of Liepzig dan University of Cambridge, London. Di London, Burckhardt telah mendalami bahasa Arab secara konsisten. Terdapat beberapa catatan menyatakan bahawa Burckhardt telah menjalani kehidupan ala Arab dan kasar sewaktu berada di London seperti berjalan tanpa memakai kasut sewaktu cuaca panas, tidur di jalanan dan memakan sayur-sayuran.

Pada Mac 1809, Burckhadt telah meninggalkan England untuk menuju ke Malta dan seterusnya ke Aleppo, Syria selepas musim luruh untuk memantapkan bahasa Arab dan hukum Islam. Beliau percaya bahawa beliau akan diterima sebagai ‘sahabat’ kepada rakan Arab beliau jika sekiranya beliau memeluk Islam. Beliau kemudiannya memeluk Islam dan menukarkan namanya kepadaSheikh Ibrahim bin Abdallah.

Walaubagaimanapun, ramai pengkaji tidak percaya bahawa penerimaan beliau kepada ajaran Islam adalah ikhlas daripada hatinya. Ini kerana, kisah hidup beliau selepas itu menunjukkan beliau hanya layak digelar orientalis dan perisik musuh Islam. Selepas berada beberapa lama di Syria, Nubia dan Mesir, beliau kemudian bertolak ke Mekah dan mendarat di perlabuhan Jeddah pada 1814. Beliau menyamar sebagai pengemis miskin. Ini bukan kali pertama beliau melakukan penyamaran.

Ketika di Mesir, beliau telah menyamar sebagai saudagar Syria bagi menghidari perasaan musykil umat Islam di sana. Pernah beberapa ketika beliau dipanggil menghadap Muhammad Ali Pasha kerana diyakini beliau adalah seorang perisik Inggeris. Pelbagai soalan diaju termasuk persoalan hukum agama oleh dua orang kadi yang ditugaskan oleh Muhammad Ali Pasha. Namun, kesemua soalan tersebut berjaya dijawab. Dua orang kadi tersebut membuat kesimpulan bahawa Burckhardt bukan sahaja seorang Islam tetapi seorang yang sangat terpelajar dalam hukum hakam dan perundangan Islam.

Beliau kemudian melaksanakan haji dan menetap di Mekah selama hampir tiga bulan sebelum menuju ke Madinah. Di Mekah dan Madinah, beliau menggunakan kesempatan ini untuk melakukan penyelidikan dan perincian di segenap penjuru dua kota suci itu. Orientalis-orientalis sesudah beliau terhutang budi dengan ketepatan fakta yang dinyatakan beliau. Dalam satu tulisannya, Burckhardt menyatakan bahawa kota Mekah adalah tempat mengujakan kepada beliau.

Banyak yang beliau pelajari tentang umat Islam semasa tinggal di kota ini. Beliau ada menyatakan bahawa kota Mekah turut mempunyai wanita pelacur yang bekerja untuk memuaskan nafsu ‘beberapa’ orang lelaki. Selepas penyelidikan dan penelitian yang cukup teliti di Mekah dan Madinah, Burckhardt kemudian menuju ke Kaherah, Mesir. Pada April 1817, beliau telah menuju ke Fezzan namun telah jatuh sakit akibat disentri. Pada 15 Oktober 1817, beliau menemui ajal pada usia baru menginjak 32 tahun.

9. Sir Richard Burton (1821-1890)

Sir Richard Burton

Sir Richard Burton adalah orientalis, penulis, penterjemah dan penjelajah yang paling popular berbanding yang lain. Richard Burton paling diingati kerana beliau yang bertanggungjawab menterjemahkan Kisah 1001 Malam ke dalam bahasa Inggeris dan mempopularkannya.
Burton yang dilahirkan pada 19 Mac 1821 berjaya menguasai lebih 29 bahasa termasuk bahasa daripada Asia, Afrika dan Eropah.

Kemampuan dan kelebihan yang ada pada beliau ini dimanfaat sepenuhnya untuk aktivti risikan dan kajian beliau terhadap Islam dan masyarakat Islam. Beliau berjaya mengerjakan haji ke Mekah pada tahun 1853 sebagai seorang doktor berbangsa Afghan daripada India. Sebelum itu, beliau menyamar sebagai seorang rakyat Parsi iaitu semasa beliau di Keherah. Namun begitu, setelah mengetahui bahaya beliau menyamar menjadi seorang Parsi, beliau bertindak menukar identiti beliau.

Beliau memiliki jurnal dan catatan harian yang terperinci sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Catatan beliau yang dikenali A Personal Narrative of a Pilgrimage to Al-Medinah and Meccah diterbitkan pada tahun 1855. Maklumat yang disampaikan beliau menjadi bahan rujukan utama orientalis-orientalis kemudian hari. Richard Burton meninggal dunia pada tahun 1890 di Trieste akibat serangan jantung. 

10. Snouck Hungronje (1857-1936)
Snouck Hungronje

Tiada yang paling hebat dan penuh dengan kajian saintifik melainkan seorang orientalis dan perisik bernama Snouck Hungronje. Snouck Hungronje dilahirkan pada 8 Februari 1857 di Belanda.
Hungronje adalah seorang yang terpelajar dan menjadi pensyarah di sebuah universiti di Belanda dalam bidang bahasa Oriental. Hungronje sangat fasih berbahasa Arab dan Melayu.

Pada tahun 1884, beliau mengerjakan haji ke Mekah dengan menyamar sebagai seorang muslim bernama Haji Abdul Ghaffar. Di Mekah, beliau gunakan kesempatan itu sepenuhnya untuk mengkaji dan mendalami perilaku masyarakat Islam dan hukum-hakam Islam. Ia berbeza dengan John Lewis Burckhardt yang lebih menumpukan perhatian kepada kajian topografi Mekah dan suasana kota suci tersebut.

Hasil kajian ilmiah Hungronje menghasilkan rumusan di mana tindakan kekerasan dan ketenteraan terhadap umat Islam adalah sia-sia. Adalah lebih baik melaksanakan tindakan lebih lembut untuk memusnahkan umat Islam secara halus. Kajian daripada Snouck Hungronje berjaya diimplementasi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas itu. Hungronje meninggal dunia pada tahun 1936 di Leiden, Belanda. 

Akhiran:

Beberapa individu lain turut menyumbang kepada maklumat berguna kepada masyarakat Barat adalah..
  • Giovanni Finati (Narrative of the Life and Adventures of Giovanni Finati, diterbitkan pada 1830), 
  • L. Roches (L. Roches – Trente-deux ans à travers l’Islam, diterbitkan pada 1884),  
  • G. A. Wallin (Journal of the Royal Geographical Society, diterbitkan pada 1854),  
  • Von Maltzan (Meine Wallfahrt nach Mekka, diterbitkan pada 1913), 
  • J. F. Keane (Six Months in the Hejaz , diterbitkan pada 1887) dan 
  • Gervais Courtellemont (Mon Voyage à la Mecque, diterbitkan pada 1896) 
Rujukan 
[1] Voyages of Ludovico Varthema – Hakluyt Series ed. C. F. Badger. London, 1863. 
[2]  Les Voyages Fameux du Sieur Vincent le Blanc, in Bergeroni Voyages Fameux. Paris 1870. 
[3]  J. Wild – Neue Reisbeschreibung eines gefangenen Christen – Nürnberg 1623. 
[4]  J. Pitts – A Faithful Account of the Religion and Manners of the Mahometans. London, 1810. 
[5]  The Travels of Ali Bey el-Abbassi in Africa and Asia. 2 vols. London, 1816. 
[6]  U. J. Seetzen – Reisen durch Syrien, Palästina u.s.w. Berlin, 1854.
[7]  J. L. Burckhardt – Travels in Arabia. 2 vols. London, 1829. 
[8]  Narrative of the Life and Adventures of Giovanni Finati, ed. W. J. Banks. London, 1830. 
[9]  L. Roches – Trente-deux ans à travers l’Islam. Paris, 1884. 
[10] G. A. Wallin – Journal of the Royal Geographical Society, vol. xxiv, 1854. 
[11]  R.F. Burton – Pilgrimage to Al-Madinah and Meccah, 2 vols. 1913 (Bohns Ed.) 
[12]  Von Maltzan – Meine Wallfahrt nach Mekka, Leipzig, 1865. 
[13]  J. F. Keane – Six Months in the Hejaz, London, 1887. 
[14]  C. Snouck Hurgronje – Mekka, mit Bilderatlas, Hague, 1889. 
[15]  Gervais Courtellemont – Mon Voyage à la Mecque, Paris, 1896.

(IH)

...
http://www.ibnuhasyim.com

Haji Akbar ditunggu umat Islam

Tuesday, September 30, 2014
Beruntunglah jemaah haji yang terpilih ALLAH untuk tahun 1435/2014 apabila Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan wukuf jatuh pada hari Jumaat yang diyakini bakal menjadi Haji Akbar. Haji Akbar ini adalah haji yang ditunggu umat Islam seluruh dunia. Para ulama’ menyatakan bahawa wuquf di Arafah yang jatuh pada hari Jumaat membawa kebaikan. Antara kebaikannya adalah seperti berikut:

  1. Haji yang dilakukan adalah seumpama haji yang telah dikerjakan oleh Rasulullah SAW kerana ketika Nabi menunaikan haji wada’ , wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.
  2. Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan.
  3. Hari Arafah merupakan hari ‘raya’, dan begitu juga hari Jumaat dianggap sebagai hari ‘raya’. Jadi apabila Arafah berlaku pada hari Jumaat, maka sudah tentu kebaikannya amat banyak.
“Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin” – Surah at-Taubah ayat 3
Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:
  1. Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
  2. Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
  3. Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.
  4. Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
  5. Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.
  6. Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
  7. Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat

Bagaimanapun sesetengah ulama membawakan hujah mereka mengatakan Haji Akbar itu adalah Hari Arafah. Setengah ulama pula bersama sahabat seperti Ibn Abbas r.a dan Ibn Umar r.a yang menyatakan bahawa Haji Akbar itu adalah hari arafah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan pahalanya disebut sehebat 70 kali pahala Haji biasa, Ia juga disebut oleh Imam al-Ghazzali, ini bermakna pada Haji Akbar, semua orang yang berada di Arafah akan diampunkan.

Semoga semua jemaah haji yang dipilih ALLAH mendapat haji Mabrur dan mendapat keampunan daripada Maha Esa. Kepada yang tidak terpilih berazamlah kita untuk menyempurnakan ibadah korban biar pun hanya satu bahagian lembu sahaja. Semuga pengorbanan kita yang sedikit itu bakal dilihat terlalu besar di sisi ALLAH.

Sumber: Denaihati.com

Akhir Zaman: Masjid mesra homoseksual dibuka di Cape Town

Tuesday, September 23, 2014

CAPE TOWN: Di sebalik kebangkitan kumpulan militan Islam di peringkat global, sebuah masjid untuk golongan homoseksual atau ‘gay’ telah dibuka pada Jumaat di Cape Town, Afrika Selatan meskipun terdapat ancaman agar ia tidak dibuka.

Masjid itu diasaskan oleh ahli akademik Islam, Taj Hargey yang juga adalah pengarah Pusat Pendidikan Islam Oxford di United Kingdom.

Selain golongan 'gay', masjid turut membuka pintunya untuk mereka yang beragama kristian dan wanita.

Pembukaan ‘masjid terbuka’ itu yang serentak dengan solat Jumaat mendapat lebih banyak perhatian dari pihak media berbanding jemaah, mahupun penunjuk perasaan.

Turut kelihatan, kelibat anggota polis yang bersiap-sedia sekiranya berlaku kekacauan di sekitar masjid yang terletak di kawasan kejiranan Wynberg.

Beberapa anggota kumpulan yang membantah pembinaan masjid terbabit memaklumkan kepada agensi berita AFP, mereka menunggu pihak berkuasa untuk bertindak dan akan “menghentikan perkara itu, walau apa pun yang berlaku”.

Sesi solat Jumaat bagaimanapun berlangsung tanpa gangguan meskipun sekali-sekali terdengar teriakan “anda akan ke neraka” oleh penunjuk perasaan.

Hargey menyifatkan masjidnya itu sebagai satu “revolusi agama”, susulan kepada revolusi politik yang dicetuskan bekas presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, yang menyaksikan sistem demokrasi menggantikan pemerintahan apartheid di Afrika Selatan.

Dalam khutbah Jumaatnya, Hargey membidas penyebaran rasa benci di kalangan umat Islam dan penganut Kristian yang dikatakan semakin meningkat.
I
Dia meletakkan kesalahan kepada ajaran agama tidak sihat yang didakwa datangnya dari Arab Saudi dan Pakistan yang menjadi punca tertubuhnya kumpulan radikal seperti Negara Islam, IS, Taliban di Afghanistan dan Boko Haram di Nigeria.

Dakwanya “wang kotor dari Arab Saudi” telah digunakan untuk mempromosi sikap tidak bertoleransi di kalangan umat Islam .

Hargey turut mendakwa dia sendiri telah menerima ancaman fizikal dan psikologi sejurus mengumumkan rancangannya untuk membina masjid itu.

Termasuk  ancaman untuk  mengerat kemaluannya, memenggal kepalanya dan menggantung dirinya.

Namun semua itu tidak menghalang dari masjid itu dibuka.

Hargey sememangnya tidak asing dengan kontroversi, di United Kingdom dia pernah melancarkan kempen mengharamkan burka atau bertudung menutup muka sepenuhnya buat kaum wanita.

Afrika Selatan memiliki seramai 737,000 umat Islam, atau 1.5 peratus dari jumlah penduduknya.

Sumber: Astro Awani

Selamat Hari Malaysia

Monday, September 15, 2014
Selamat Menyambut Hari Malaysia 16 Sept 

Sungai Eufrat, Gunung Emas dan Hari Kiamat

Tuesday, September 9, 2014
Sungai Eufrat

Rasulullah SAW bersabda,'' Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan mendedahkan 'Gunung Emas' yang mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, 'Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup'.'' (HR Bukhari).Dalam riwayat lain, Rasulullah bersabda,'' Sudah dekat suatu masa di mana sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.'' (HR Bukhari Muslim) .


Lokasi Sungai Eufrat


Imam Bukhari juga meriwayatkan hadis lain, Rasulullah SAW bersabda,'' Segera Sungai Eufrat akan memperlihatkan kekayaan (gunung) emas, maka siapa pun yang ada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa-apa darinya. Imam Abu Dawud juga meriwayatkan hadis yang sama. Dalam hadis itu, Rasulullah pernah bersabda, bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar, Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan mendedahkan harta karun yang besar berupa gunung emas. Selain itu, dalam kitab Al-Burhan fi `Alamat al-Mahdi Akhir az-Zaman, diungkapkan bahawa keringnya sungai Eufrat merupakan saat datangnya Al-Mahdi sebagai akhir zaman.Hadis di atas membicarakan tentang Sungai Eufrat. Dalam bahasa Arab dikenal dengan nama Al-Furat atau air yang segar. 

Menurut Dr Syauqi Abu Khalil dalam Athlas Al-Hadith Al-Nabawi, Eufrat adalah sungai yang mengalir dari timur laut Turki.'' Sungai itu membelah pengunungan Toros, lalu melewati Syria di bandar Jarablus, melewati Iraq di bandar al-Bukmal, dan bertemu Sungai Tigris di Al-Qurnah yang bermuara di Teluk Arab,'' ujar Dr Syauqi. Panjang sungai itu mencapai 2.375 kilometer. Dua anak sungainya, yakni Al-balikh dan Al-Khabur sudah kering.                                                                

  ***

Pada saat Nabi Muhammad meramalkan masa depan Sungai Eufrat melalui sabdanya, wilayah subur di daerah mediterania itu masih dikuasai oleh dua kuasa besar, Parsi dan Byzantine. Sungai Eufrat adalah garis batas alami dari dua kerajaan tersebut.Selain berada di kawasan Syria dan Iran, kekuasaan Parsi ternyata juga merangkumi daerah Yaman hingga daerah disekitar Laut Merah. Sedangkan Byzantine merangkumi sebahagian Syria (bahagian utara) dan Turki hingga ke Eropah.Seiring perkembangan zaman, dengan kebangkitan Islam dan bersatunya daerah-daerah di Arab, dua kuasa besar itu mahu tidak mahu menjadi terpengaruh. Islam menjadi kekuatan baru dan mula menunjukkan taringnya pada masa Khalifah Abu Bakar.Gesekan pun mulai terjadi. Parsi mahupun Byzantine tidak boleh lagi menganggap enteng kekuatan negara Islam.

 Maharaja Parsi sempat menghantar pasukan untuk menyerang Madinah. Byzantine juga menyerang kawasan utara kekuasaan negara Islam, yang mengakibatkan terbunuhnya Jeneral Muslim, Zaid bin Haris.Pasukan Islam mulai menggenggam kemenangan pada masa Khalifah Umar bin Khattab. Saat itu, kekuatan negara Islam berada d iatas dua kerajaan besar yang sudah ada sebelumnya itu. Selama 10 tahun, pelbagai pencapaian dalam dunia tentera didapati.Pergerakan ke Syria, negara yang dilintasi Sungai Eufrat, bermula pada era Umar. Sebahagian daerah yang sebelumnya dikuasai oleh Bizantium akhirnya berjaya ditakluki kekuatan pasukan Muslim.Sementara itu, Parsi merasa bimbang. Mereka sudah kehilangan kekuatan pada kawasan perbatasn di sebelah barat Sungai Eufrat. Bebeberapa peperangan pun terjadi antara Kerajaan Parsi dan pasukan Muslim. Pada akhirnya, Parsi berjaya tunduk di bawah kekuasaan pemerintahan Islam.Wilayah itu kemudian menjadi salah satu bahagian penting bagi penyebaran agama dan peradaban Islam di seluruh dunia. Penaklukan terhadap Parsi inilah yang juga menandakan awal mula peradaban Islam di sisi sungai Eufrat.                                                                 

  ***

Khalifah Umar bin Khattab kemudian membentuk wilayah-wilayah pentadbiran untuk memudahkan proses pemerintahan. Beberapa wilayah itu adalah Makkah, Madinah, Syuriah, Semenanjung (wilayah antara Sungai Tigris dan Eufrat di Iraq), Basrah, Khurasan, Azerbaizan, Parsi, dan Mesir. Setiap gabenor di tempatkan di daerah itu. Mereka bertanggung jawab pada sang Khalifah. Pada masa-masa inilah, agama Islam juga menjadi kuat di daerah-daerah tersebut. Berkat kepimpinan Umar, Islam sampai saat ini masih menjadi ideologi dan peradaban penting di kawasan sekitar Sungai Eufrat. Namun dalam perkembangannya, apa yang telah diramalkan oleh Nabi Muhammad sepertinya mulai muncul.Pelbagai polemik soal ketersediaan air dari sungai tersebut selalu mencuat di antara tiga negara yang dilaluinya. Pembangunan DAM selalu menjadi permasalahan bagi negara-negara tersebut. 

Pembuatan DAM di Turki berpengaruh pada debit air yang mengalir di Syria.Pembuatan DAM di Syria akan mempengaruhi air yang sampai di Iraq. Walaupun belum sampai pada tahap peperangan, tetapi perdebatan soal air ini masih saja terjadi. Banyak orang mulai khuatir, bahawa ramalan Nabi Muhammad pada akhirnya menjadi kenyataan.Ramalan itu telah disebutkan dalam hadis di atas, yakni Sungai Eufrat menjadi kering dan terjadi peperangan setelahnya. Kebimbangan ini tampak dari banyaknya laman-laman yang mengungkap tanda-tanda akhir zaman berkaitan dengan keringnya sungai yang berakhir di Teluk Parsi itu.

sumber dari republika.co.id

Cara Menyelamatkan Diri Dari Dajjal Di Akhir Zaman

Thursday, September 4, 2014
         Telah dijelaskan sebelum ini menjelangnya kemunuculan Dajjal, kaum muslim mempunyai kekuatan yang besar dan terlibat dalam peperangan dan berjaya. Dajjal muncu untuk menghancurkan kekuatan Islam yang telah berjaya mengalahkan negara terkuat pada masa itu, yakni bangsa Rom. Kaum muslim juga berjaya merebut kembali Konstantinopel. 



                Pada saat itu, syaitan berteriak bahawa dia telah menjamin (harta) anak keturunan kaum muslim, sehingga mereka meninggalkan harta ganimah dan kembali ke kampung halaman mereka. Kemudian Dajjal muncul, maka kaum muslim tidak meletakkan senjata mereka. Ketika Nabi Isa turun, dia melihat kaum muslim "bersiap sedia untuk berperang dan merapatkan barisan." Tidak ragu lagi, pada ketika itu, setiap muslim bergabung dengan kekuatan Islam yang memikul bendera jihad fisabilillah dan berpegang teguh di atas kebenaran walaupun apa jua ujian yang menimpa. Inilah yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW yang menceritakan kemunculan Dajjal, "Dajjal keluar di daerah antara Syam dan Iraq. Kemudian dia membuat kerosakan di sebelah kanan dan kirinya. Wahai hamba Allah! Kuatkan iman kalian!" (HR. Muslim 2937 dan Ibn Majah 4075).

              Setiap muslim tidak dibenarkan mendatangi Dajjal, walau pun dia percaya pada dirinya sendiri. Sebab, Dajjal mempunyai tipu daya yang boleh menggoncangkan iman. Dalam hadis Abi Dawud diriwayatkan dengan sanad sahih daripada Imran ibn Husain bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Siapa mendengar ada Dajjal, hendaklah dia menjauhi dirinya. Demi Allah, seorang lelaki mendatanginya dengan rasa percaya diri sebagai seorang mukmin, namun akhirnya dia mengikuti Dajjal, kerana tipu daya yang dilakukannya. "

Orang yang tidak mampu melawannya boleh lari. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan orang pada masa itu. Dalam Shahih Muslim diriwayatkan bahawa Ummu Syarik berkata, "Aku mendengar Nabi SAW bersabda, 'Orang-orang akan lari ke gunung kerana (takut) Dajjal'."

Bila seorang mukmin terpaksa menghadapinya, dia harus melawan dengan kebenaran dan hujjah (argumentasi yang kuat). Dalam hadis disebutkan, "Bila dia (Dajjal) muncul dan aku bersama kalian, aku akan berdebat dengannya. Bila dia muncul ketika aku tidak bersama kalian, seseorang akan berdebat dengannya, dan Allah menjadi penggantiku atas setiap muslim. "

Rasulullah SAW memberikan pengetahuan tentang Dajjal. Dajjal mempunyai fizikal yang boleh melihat, makan, minum, sedangkan Allah tidak dapat dilihat di dunia, suci dari makan dan minum. Dajjal mempunyai cacat di matanya. Dalam hadis dinyatakan, "Dia adalah pemuda berambut keriting pendek, matanya menonjol seolah-olah dia mirip dengan Abdul 'Uzza ibn Quthn. 

Oleh itu, tuntutan orang yang demikian sebagai Tuhan merupakan dusta dan bohong. Rasulullah SAW memerintahkan orang yang bertemu dengannya agar membaca surah al-Kahfi. Sabda Rasul SAW, "Siapa yang menemuinya, hendaklah dia membaca surat al-Kahfi." 

Dalam hadis Abu Umamah dinyatakan, "Sesungguhnya di antara fitnahnya, dia (Dajjal) mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya adalah syurga, surganya adalah neraka. Siapa diuji dengan nerakanya, hendaklah ia mohon pertolongan kepada Allah dan membaca awal surat al-Kahfi..."

Dalam hadis sahih disebutkan, "Orang yang hafal sepuluh ayat dari surat al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal." 

Menurut sebahagian hadith, diterangkan bahawa yang dimaksudkan adalah surah awal al-Kahfi dan menurut sebahagian lagi adalah akhir surat al-Kahfi. 

Kenapa membaca awal dan akhir surat al-Kahfi boleh melindungi kita dari Dajjal? Sebahagian ulama menjawab: Itu kerana Allah memberitahu di awal surah ini bahawa Allah melindungi para pemuda al-Kahfi dari penguasa zalim yang hendak membinasakan mereka. Jadi, Allah menyambung bahawa keadaan orang yang membaca ayat-ayat ini sama seperti keadaan para pemuda itu, yakni diselamatkan dari Allah. 

Ada lagi pendapat yang menyatakan bahawa itu kerana di awal surah al-Kahfi ada keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda yang meneguhkan hati orang yang membacanya, sehingga dia tidak terkena fitnah Dajjal, serta tidak merasa aneh, tidak tertipu dan tidak terpengaruh dengan apa yang di bawa Dajjal. 

Di antara perkara yang dapat melindungi kaum muslim dari Dajjal adalah berlindung ke Mekah atau Madinah, kerana Dajjal tidak boleh masuk ke dalam bandar tersebut. 

Rasulullah SAW telah menyebutkan kepada kita bagaimana orang lelaki yang soleh menghadapi Dajjal dengan kebenaran dan dia bersikap dan berkata tegas kepada Dajjal, sebagaimana dijelaskan dalam hadis di atas. 

Hal lain yang dapat menyelamatkan diri dari Dajjal adalah berlindung kepada Allah dari fitnah Dajjal. Hadis-hadis nabi memerintahkan seorang muslim untuk berlindung kepada Allah dari fitnah Dajjal. Dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata, "Aku mendengar Rasulullah berlindung dalam solatnya dari fitnah Dajjal." 

Rasulullah SAW selalu bertaawuz dari fitnah Dajjal setelah tasyahud. Beliau berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari azab jahannam, azab kubur, fitnah hidup dan mati, serta fitnah Almasih Dajjal." 

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com | Ensiklopedia Kiamat / Karya: Dr Umar Sulayman al-Asykar / Penerbit: Serambi

MAS TIDAK AKAN RUGI JIKA HENTI HIDANG ARAK

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sedia menggerakkan orang ramai melakukan bantahan jika MAS terus menyediakan arak dalam penerbangannya. Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, MAS perlu menampilkan imej Islam bersesuaian dengan status Malaysia sebagai negara Islam.


“Banyak syarikat penerbangan di negara-negara Islam telah menghentikan hidangan arak dalam penerbangan. Mengapa kita tak boleh? “Ini bukan isu baru, PPIM telah lama bantah hidangan arak dalam pesawat namun, tidak diendahkan," katanya. Menurut Nadzim, MAS tidak akan rugi jika menghentikan hidangan arak. 
“Keuntungan sebenar bukan daripada arak, tetapi datangnya daripada perkhidmatan terbaik syarikat berkenaan.
“MAS tidak perlu tunduk kepada permintaan penumpang sebaliknya perlu mencari alternatif lain menggantikan minuman keras itu,” katanya.  Menurutnya lagi, pihak pengurusan syarikat penerbangan itu perlu mengikut syariat Islam supaya pendapatan yang diperoleh mendapat keredaan ALLAH. 
“Bukan saja soal penyediaan arak, tetapi dari segi pemakaian perlu ditekankan kerana setiap tahun jumlah pengunjung Islam dari serata negara berkunjung ke mari. Jadi bagaimana dengan tanggapan mereka kepada kita? 
“Jangan jadikan alasan memperoleh keuntungan kita sanggup menggadaikan agama sendiri,” katanya

Hello Kitty sebenarnya bukan kucing!

Friday, August 29, 2014
Christine R. Yano merupakan seorang ahli antropologi dari University of Hawaii yang membuat kajian terhadap fenomena Hello Kitty untuk beberapa tahun.
 Apabila Yano sedang menyediakan risalah untuk pameran Hello Kitty di Los Angeles,dia  menggambarkan Hello Kitty sebagai seekor kucing. Tetapi, dia telah diperbetulkan oleh Sanrio. 
Sanrio menulis bahawa Hello Kitty bukannya seekor kucing tetapi seorang gadis. Dia tidak pernah merangkak tetapi berjalan dan duduk seperti manusia.
Syarikat Jepun Sanrio telah mengesahkan berita ini kepada The Times Magazine dan juga menunjukkan bio rasmi Hello Kitty yang bertulis,
''As tall as five apples, and as heavy as three, Hello Kitty is a bright little girl with a heart of gold. She loves to bake cookies and play the piano, and dreams of one day becoming a pianist or maybe even a poet. She has a gift for music and English, and a soft spot for Mama’s apple pie. Hello Kitty and her twin sister Mimmy are the best of friends''.
Sumber: news.mylaunchpad.com.my/

Puasa Sunat

Thursday, August 28, 2014
Amalan boleh pelihara kesihatan jasmani dan rohani

Amalan puasa sunat sangat dituntut dalam Islam dan dilaksanakan kerana Allah untuk mengharapkan keredaan, keampunan serta mendekatkan diri kepada-Nya. Puasa sunat boleh dilakukan pada bila-bila masa jika seseorang itu berkemampuan kecuali pada hari diharamkan atau makruh untuk berpuasa. 


Puasa sunat amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW khususnya pada hari Isnin dan Khamis. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: “Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah) pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis. Oleh itu, aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa.” (Hadis Hasan Gharib, riwayat Tirmizi) 
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.” Sabda baginda lagi: “Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.”


Hari Isnin dan Khamis adalah hari istimewa bagi Rasulullah SAW. Keistimewaan hari itu ialah hari Rasulullah SAW di lahirkan dan di turunkan wahyu kepadanya.

Sabda Baginda: “Hari itu (hari yang bersejarah) kerana padanya aku dilahirkan dan padanya aku di utuskan menjadi Rasul, pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Quran kepada aku.” (Riwayat Muslim) 




Kelebihan puasa sunat

Puasa sunat mempunyai banyak hikmah dan kelebihan antaranya, tanda bersyukur kepada Allah atas rezeki serta kurniaan nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya. Berpuasa juga membantu memelihara kesihatan jasmani dan rohani. 
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.” Sabda baginda lagi: “Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.” 

Berpuasa juga dapat mendidik nafsu amarah supaya berubah menjadi nafsu lawwamah, seterusnya meningkatkan kepada nafsu mutmainnah iaitu nafsu yang tenang tenteram.

Puasa juga akan menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya. Apabila seseorang itu berpuasa ia akan membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung merasa rendah diri terhadap orang lain.

Di samping itu, ia juga melatih dan mendidik jiwa dengan sifat belas kasihan terhadap orang lain yang hidup susah atau menderita. Dengan ini, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang kurang bernasib baik dan merasai keadaan hidup serba kekurangan. 

Puasa sunat dapat membantu kita memperoleh kecerdasan akal dan fikiran seperti disebut dalam satu riwayat: “Orang yang berlapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya.”

Latih jiwa tanggung kesusahan

Puasa sunat sangat dituntut bertujuan untuk menampung ibadah fardu. Puasa sunat adalah latihan jiwa yang luar biasa supaya kita bersedia menanggung segala kesusahan serta pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup. 

Abu Said al-Khudri berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan Allah akan jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Setiap orang yang berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan yang ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun perjalanan.

Sesungguhnya setiap amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh meskipun sedikit tetap ada ganjarannya dan dinilai oleh Allah SWT. Ia menjadi saham yang boleh membantu manusia di akhirat kelak.

Aisyah berkata, bersabda Rasulullah SAW kepadaku pada suatu hari: “Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )? Aisyah berkata: Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan). Baginda bersabda: (Jika begitu) maka aku berpuasa.” (Riwayat Muslim) 

Latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.

Puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan Syaaban banyak sekali kelebihannya di samping dapat membantu meningkatkan kekuatan serta persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadan.


Sumber: Berita Harian